Thursday, January 6, 2011

Awal tahun yang baik untuk pembeli emas


Harga emas yang diniagakan didunia untu 10 hari pertama berlegar disekitar USD 1420 - USD 1372 per oz (31.101grams ). Untuk aagen susutan nilai emas dibawah paras USD 1372 juga menyaksikan emas public gold 20gram hanya bernilai RM3114 ( + RM10 untuk kos penghantaran ) untuk masa yang singkat.

Untuk para pembeli emas awal bulan tahun 2011 adalah masa yang sesuai untuk memulakan simpanan atau menambah simpanan yang ada. Cadangan saya ialah menggunakan sebahagian dividen2 pelaburan tunai anda untuk membeli emas bar ini. Bergantung kepada portfolio anda laburlah 30 peratus keuntungan untuk tujuan ini. 70 peratus tunai lagi terpulanglah kepada anda kerana kita juga perlu menikmati kehidupan.

Penganalisa emas menjangkakan harga emas akan berada di paras harga baru pada pertengahan bulan February. Sekiranya benar andaian itu maka beruntunglah untuk sesiapa yang membelinya sekarang.

Walau bagaimanapun oleh kerana pasaran emas sangat dipengaruhi oleh faktor demand and supply yang tidak menentu agak sukar untuk mengiyakan anadian penganalisa ini. Pembelian luar biasa oleh pihak bank2 atau negara pasti akan melambungkan harga emas. Begitu juga dengan penjualan emas besar2an untuk mengaut untung seperti yang berlaku sekarang dipasaran ETF dunia juga akan menguntungkan pembeli baru atas harga yang lebih menyenangkan poket.

APA APAPUN yang telah membeli lah yang merasai kenikmatan memiliki logam kuning yang sangat misteri ini.

Tuesday, January 4, 2011

Emas = tabung pendidikan untuk anak anda?


Ini adalah idea yang saya cedok hasil dari sembang petang dengan kawan2 yang lain. Berapakah kos kepada kita sebagai ibu bapa dari hari kita riang membeli sedikit pakaian, kemudian biaya perjalanan, tempat tinggal menunggu esok, yuran kemasukan ke universiti, dan akhirnya duit poket sebelum anak kesayangan kita menerima apa2 bantuan kewangan?

Apa kata anda kira sendiri ....kemungkinan akan mencecah RM6000+ bukan. Kalau diterjemah kepada nilai emas pada january 2011 adalah bersamaan dengan 2 bar 20grm = 3200 x 2 =RM 6400.00

Anak anda berumur satu tahun sekarang ...berapakah kos kemasukan k
e universiti 18 tahun kemudian?
Kiraan secara kasaran sahaja adalah RM6400 x kadar inflasi 4% setahun ( kalaulah 4% ) x 18 tahun=RM11008

Inilah kegunaan emas seperti unit amanah cuma ianya jauh lebih baik
...andaikata emas ni akan appreciate value by 20% .....18 tahun lagi
6400x 20%x18 = RM23040
Inilah nilai emas anda pada zaman itu. ....pakar ekonomi memanggil emas sebagai komoditi ....saya memangiilnya tanah2 kecil yang banyak membantu tuannya.

Kos dimasa depan disebabkan inflasi RM11008
Nilai emas saya telah menjadi RM23040 ......ade lebih bukan? ...........wang yang lebih bolehlah membayar kos-kos yang tidak dijangka akan dikenakan pada zaman itu.

Berbanding dengan unit amanah ....
1. Wang itu langsung tidak boleh diguna sehinggalah 18 tahun untuk mengelakkan susut nilai
2. Kna ade displin yang tinggi untuk terus menyimpan.
3. Sekiranya berlaku musibah kepada peyimpan dana hanguslah dia sekali

Emas?
2 bar emas seberat 40gram sepanjang 18 tahun boleh digunakan
  • Dipajakkan untuk membeli barang atau sekadar untuk membuat pinjaman peribadi
  • Sekiranya anda menjadi agen Public Gold ..emas2 ini boleh dijual beli. Beli emas .....org order ....order harga semasa .....org bayar ..beli emas baru ..jadi emas tu masih ada bukan.
  • Boleh diwarisi dengan mudah dan tiada upah kepada pihak ketika untuk menguruskannya.
  • Hanya ada risiko keselamatan yg boleh diselesaikan dengan menyimpan di peti2 deposit yang memberi perlindungan tinggi.
Sekadar pandangan ......kerana portfolio kewangan masing2 sangat berbeza.

Monday, January 3, 2011

Berita Harian 01/01/2011

Apakah yang perlu kita pelajari sebagai orang yang biasa-biasa sahaja yakni bukan pelabur besar2an dari artikel ini. Pada pandangan saya yang juga orang biasa apa yang saya pelajari
1. Emas adalah komoditi yang tidak hilang dan sentiasa di " Re cycle " ...beli emas ...dah tak suka jual atau tolak dikedai ..kedai @ PG beli ....emas dilebur ....menjadi produk emas baru ..yang juga kita akan beli. Oleh kerana inilah harga komoditi emas sentiasa dipandang tinggi oleh manusia.
2. 20 peratus simpanan seharusnya di dalam bentuk komoditi yang sangat bernilai ini ....kerana nilai intrinsik ( perkataan yang saya baru pelajari ) yang tinggi. Dalam apa zaman pun nilai emas ni akan sentiasa dipandang begini.
3. Pelajarilah dari orang ekonomi ......emas = reserve negara ....kenapa? Kerana keupayaan emas menyimpan nilai kekayaan. The use of gold to preserve wealth ....ayat yang biasa kita dengar bukan. Nilai emas mungkin mendatar tetapi sukar untuk menjunam turun. Kenapa kita tidak melakukan perkara yang sama untuk rumahtangga kita?
  • Domestic reserve asset= emas ( dalam bentuk apa pun ) + perak ( bar dan syiling )
  • Sekiranya reserve semakin besar belilah asset lain seperti apartment yang memberi pulangan pendapatan atau tanah yang berguna etc
  • Terus membesarkan domestic gold reserve ...sama seperti negara2 kecil ....A house is just like a mini state where the father is the prime minister . Sekecil2 pemimpin adalah pemimpin yang memimpin keluarganya.
4. Membaca tanpa mengambil sedikit iktibar amatlah merugikan. Negara China membeli emas pada kadar 5 kali ganda pada hujung tahun 2010 pasti ade sebab.

EMAS = PINJAMAN PERNIAGAAN

Hari ni berbincang dengan bakal usahawan mikro mengenai apakah cara yang paling mudah untuk mendapatkan modal perniagaan?

Sahabat saya ingin membuka bisnes CATERING sendiri kerana kilang beliau telah ditutup. Oleh kerana ada modal dan kemahiran beliau ingin mencuba nasib dalam dunia perniagaan.

Saranan saya yang bukan perancang kewangan.

Modal RM40,000
1. RM10,000 dalam bentuk tunai.
2. RM30, 000 dalam belian emas.
3. Emas bernilai RM30,000
  • Sebagai cagaran untuk membuat pinjaman ( seperti kata kawan peniaga cina ..nak berniaga gunalah duit orang lain ) .
  1. RM30000 nilai emas dicagarkan pada kadar maksimun 70 % di Arhanu akan memberi modal dlm bentuk pinjaman RM21000 dengan nilai upah RM157.50 sebulan dengan kontrak 6 bulan tanpa ada desakan dari pihak bank untuk meminjam untuk tempoh yg lama e.g 2 , 3 tahun.
  2. Berniagalah dengan usaha yang maksimum. Keuntungan akan digunakan untuk menyara hidup dan selebihnya gunalah untuk membayar semula gadaian emas tersebut
  3. Sekiranya tidak mampu membayar dalam tempoh enam bulan tempoh gadaian boleh dipanjangkan.
  4. Emas yang telah ditebus boleh digunakan untuk membuat pinjaman modal yang seterusnya tanpa BANYAK KERENAH dari pihak bank.
  5. Emas akan sentiasa memberi modal yang lebih tinggi dari tahun sebelumnya. Contoh peningkatan harga emas pada 2010 bermakna gadaian anda telah juga meningkat sebanyak 30%.
Sekadar Renungan
" Berhutang dengan emas seperti anda berhutang dengan diri sendiri."

Sunday, January 2, 2011

APA KATA PAKAR untuk tahun 2011.



It is recommended to have an allocation of about 15% of one's portfolio to Gold

The long-term trends in the gold prices are driven by changes in the overall level of confidence in the monetary system and the economy. Gold as an asset class has traditionally been an ideal hedge for one's portfolio. The very reason for this comes from the fact that it is not correlated with most other asset classes. Capital Market interacted with Mr. Chirag Mehta - Fund Manager (Commodities) - Quantum Mutual Fund regarding the outlook on gold in CY2011.

Gold is a must have asset class. We all know that the inflation dragon minimizes one's purchasing power i.e. erodes the value of money you own. Over the very long term, there has been a tendency for gold to maintain its value against other real assets and thus acts as a hedge against inflation.
Source:

(Reuters) - Gold has gained nearly 30 percent in 2010, based on Friday's fixing, marking its strongest annual performance since 2007 and its fifth straight monthly rise in December.

The spot price fixed at $1,410.25 an ounce on Friday morning, compared with $1,405.50 an ounce at the previous fixing on Thursday afternoon.

Based on the fixings, gold has risen by 29.7 percent this year, compared with a 28.7 percent increase in the freely traded spot price, the largest annual rise since 2007, when the global financial crisis unfolded.

(Reporting by Amanda Cooper; editing by Keiron Henderson)

Wednesday, December 29, 2010

Emas Rahsia Kekuatan Ekonomi Islam

Emas sebagai ajen pinjaman mikro untuk peniaga



Hanya sekadar pandangan dari seorang yang bukan konsultant kewangan. Kebanyakkan peniaga kecil yang bermodalkan kurang dari RM10K asalnya bekerja makan gaji mungkin disebabkan atas faktor sukarela atau suke tak rela ingin meneruskan kehidupan dengan berniaga kecil-kecilan. Tetapi siapa tahu rezeki kita dengan fokus yang tinggi dan konsisten mungkin kehidupan kita akan lebih baik.

Tetapi masalah mencari modal memang akan sentiasa membelengu bakal peniaga ini. Untuk membuat pinjaman walau sekecil mana pun perlukan dokumentasi. Ada sesetengah ajensi lebih mudah kalau syarat dipenuhi tetapi selalu ajensi yng hebat seperti ini selalu kehausan dana lebih cepat.

Jadi cadangan saya sebagai bukan seorang banker atau financial konsultant

1. Semasa anda bekerja belilah emas sebaiknya emas yang mudah digadai ..bar 999.9 coins 999.9 @ 916 , barang kemas yang mudah dinilai seperti 999 oleh Crest Pavilion, 916 oleh Public Gold atau independent jewellery shop yang menawarkan produk yang serupa.
2. Apabila diperlukan untuk berniaga gadaikanlah emas ini sebagai modal selepas tu berusahalah untuk memastikan perniagaaan itu berdaya maju. Dokumen yang diperlukan
  • Emas
  • Kad pengenalan diri
3. Wang untung perniagaan sebahagian gunalah untuk meneruskan kehidupan dan sebahagian untuk membayar semula tebusan emas tersebut.
4. Kalau ada keuntungan yang berlebihan belilah emas lagi sebagai sumber modal untuk membesarkan perniagaan di masa depan

Rasa macam logik .....untuk dipraktiskan.

Sekadar pandangan.