Wednesday, December 29, 2010

Emas Rahsia Kekuatan Ekonomi Islam

Emas sebagai ajen pinjaman mikro untuk peniaga



Hanya sekadar pandangan dari seorang yang bukan konsultant kewangan. Kebanyakkan peniaga kecil yang bermodalkan kurang dari RM10K asalnya bekerja makan gaji mungkin disebabkan atas faktor sukarela atau suke tak rela ingin meneruskan kehidupan dengan berniaga kecil-kecilan. Tetapi siapa tahu rezeki kita dengan fokus yang tinggi dan konsisten mungkin kehidupan kita akan lebih baik.

Tetapi masalah mencari modal memang akan sentiasa membelengu bakal peniaga ini. Untuk membuat pinjaman walau sekecil mana pun perlukan dokumentasi. Ada sesetengah ajensi lebih mudah kalau syarat dipenuhi tetapi selalu ajensi yng hebat seperti ini selalu kehausan dana lebih cepat.

Jadi cadangan saya sebagai bukan seorang banker atau financial konsultant

1. Semasa anda bekerja belilah emas sebaiknya emas yang mudah digadai ..bar 999.9 coins 999.9 @ 916 , barang kemas yang mudah dinilai seperti 999 oleh Crest Pavilion, 916 oleh Public Gold atau independent jewellery shop yang menawarkan produk yang serupa.
2. Apabila diperlukan untuk berniaga gadaikanlah emas ini sebagai modal selepas tu berusahalah untuk memastikan perniagaaan itu berdaya maju. Dokumen yang diperlukan
  • Emas
  • Kad pengenalan diri
3. Wang untung perniagaan sebahagian gunalah untuk meneruskan kehidupan dan sebahagian untuk membayar semula tebusan emas tersebut.
4. Kalau ada keuntungan yang berlebihan belilah emas lagi sebagai sumber modal untuk membesarkan perniagaan di masa depan

Rasa macam logik .....untuk dipraktiskan.

Sekadar pandangan.

Tuesday, December 28, 2010

Beginikah sepatutnya aliran wang tunai kita?

Sebelum saya bekerja, saya berfikir wang kita ade 2 bahagian 1. Untuk menyara kos hidup 2. untuk disimpan dan dilaburkan.

Rupa-rupanya dalam dunia sebenar wang kita digunakan untuk 1. Membayar hutang rumah dan kereta serta hutang peribadi 2. Membayar kos sara hidup yang penting dan wajib seperti makanan dan pakaian 3. Membayar kos insuran kesihatan 4. Membayar kehendak2 yang tak boleh diabaikan seperti baju baru, ade jenama, belanja kawan etc 5. Hanya sedikit yangg disimpan untuk masa depan 6. Sebahagian besar membayar kad kredit yang mempunyai kadar faedah yang tinggi walaupun ianya kad hutang ala islamik ( ala-ala kerana prinsipalnya tetap sama iatu MASTERCARD dan VISA ).

Segalanya dalam hidup adalah hutang semewah mana pun kita hutang tetap membelengu umat manusia. Majoriti masyarakat bandar mungkin mati dalam keadaan berhutang?. Alangkah menakutnya jika dihari kematian kita ..kita mati dalam keadaan masih terikat dengan RIBA dunia ini.

Selepas mengenali emas perspektif saya berbeza:

1. Ingin menjauhi RIBA
2. Menggunakan emas untuk membeli kehendak yang senipis keperluan ( emmmss adakah TV LED 52inch satu keperluan?).
3. Melihat buat masa ini kebanyakkan konsep Islamik Banking di negara kita masih ade unsur konvesional.
4. Melihat kepuasan hidup bukanlah dibayangi oleh rumah yag berjuta, kereta yang mewah dan menjadi jutawan atas kertas.
5. Saya melihat kepuasan hidup adalah : melancong dan melihat keindahan dunia yang ALLAH cipta termasuk menunaikan Haji yang menjadi syarat rukun Islam, terbukanya hati untuk membayar zakat kerana teringatkan hukuman yang berat keatas penyimpan2 emas dan perak sekiranya tanggung jawab ini tidak dilunaskan.
6 Percaya bahawa kolateral pinjaman yang terbaik adalah dua logam ini kerana sifatnya yang mudah dicairkan.
7. DAN yang paling penting kini saya memahami apa yang berlaku di dunia ini bukanlah salah pemerintah kita apabila kos hidup semakin meningkat. Sekarang saya memahami kenapa seliter minyak tetap seliter minyak walau dizaman apa pun.

Friday, December 24, 2010

Ianya selalu bermula dengan satu



Dari pengalaman saya sendiri pembelian emas bermula dengan SATU dahulu . Tak kisah lah ia dalam bentuk dinar, syiling atau bar.

Apabila sudah menyimpan satu barulah ade keinginan untuk
1. Membeli lagi satu dan lagi satu
2. Baru nampak kelebihan emas kerana apabila memiliki anda akan membaca mengenai logam ini.
3. Real self experience mengadaikan emas tersebut dan sendiri melihat bagaimana timbangan berat dan ujian ketulenan dilakukan
4. You are in the gold network dan ramai yang lebih dari sukarela untuk berkongsi ilmu
5. Baru timbul rasa untuk berniaga emas untuk sesiapa yang berminat
6. Celik mata dengan apa yang berlaku didunia
  • Kenapa harga minyak, gula dan segalanya naik
  • Fiat money sistem i.e duit kertas tanpa nilai
  • Dan banyak lagi
JADI TAK PAYAHLAH NAK BUAT RESEARCH BANYAK2 ...pasti ada sebab mengapa hanya dua logam saja yang disebut didalam AlQuran dan Hadis.

Selamilah sejarah duit kertas dunia selepas itu anda akan CELIK MATA kenapa anda perlu simpan EMAS.


Thursday, December 23, 2010

Public Fine Gold International Sdn. Bhd (Public Gold)

Public Fine Gold International Sdn. Bhd (Public Gold) merupakan syarikat pertama di Malaysia yang meyediakan platform untuk menjual dan membeli emas mengikut emas harga pasaran dunia.
Syarikat yang beribu pejabat di Pulau Pinang ini mempunyai falsafah untuk mendidik masyarakat mengenai kepentingan menyimpan emas fizikal sebagai pelaburan yang terunggul dan selamat.

Ini membolehkan masyarakat Malaysia membeli dan menjual emas fizikal pada harga yang kompetitif tanpa melalui kaunter kedai2 emas sebelum ini dengan harga jual dan beli pada kadar yang lebih rendah dan munasabah.



Produk emas:

A. Gold bar yang dijual oleh Public Gold adalah seperti berikut:

1. 20 gram ( pressed bar 24k@999.9 )
2. 50 gram ( pressed bar 24K@999.9 )
3. 100 gram ( pressed bar 24K @999.9 )
4. 250gram ( Cast gold bar 24K @999.9
5. Coin 50gram 24K@999.9 )

B. Produk dinars















Sijil Ketulenan Emas Public Gold



Setiap pembelian emas bar atau dinar emas akan disertakan dengan sijil pengesahan ketulenan yang ditandatangani oleh “Assayer” yang diiktiraf. Ini bagi menjamin kualiti emas yang dibeli.




C. Produk barang kemas 916



Harga produk emas Public Gold akan berubah setiap 20 minit berdasarkan harga pasaran emas antarabangsa ( spot gold ) 24 jam sehari.

Untuk pembeli daripada luar Pulau Pinang, terdapat kos pengangkutan yang tidak membebankan.


Kebaikan membeli emas daripada Public Gold:

Membeli emas dengan Public Gold mempunyai banyak kelebihan:

1. Stok sentiasa ada (Public Gold mengeluarkan sendiri produk emas mereka).
2. Harga yang sentiasa berubah dan selalunya lebih rendah daripada kedai emas.
3. Memberi jaminan membeli balik emas mereka mengikut harga belian walaupun calar, dibuka sarungnya , bengkok asalkan beratnya masih sama.
4. Perbezaan (spread) harga belian dan jualan yang rendah (sekitar 5%-6%).
5. Kualiti emas yang terbaik (jongkong emas dengan kualiti 24 karat).
6. Mempunyai agen yang ramai di seluruh Malaysia.



Ibu pejabat Public Fine Gold:

Main Office:
12E First Floor, Jalan Rumbia,
11900 Bukit Jambul, Penang, Malaysia.
Email: liching@publicgold.com.my
Tel: 04-644 9999
Fax: 04-646 4916



Produk Baru Publicgold

Produk tersebut adalah Jongkong Emas (Cold Cast Gold Bar) seberat 250 gram dan berketulenan 999.9.

Metal : Au (Aurum)
Weight : 250 gram
Size (W x L) : 34 mm x 70 mm
Thickness : 5 mm
Purity : 999.9

Untuk makluman, Spread yang dikenakan ke atas produk ini adalah 4.5%.

Harga nya pula adalah seperti biasa, mengikut graf kitco dan di tukar kepada RM serta berubah setiap 20 minit , 24 jam sehari, 5 hari (Isnin-Jumaat) seminggu (Sabtu dan Ahad pasaran ditutup).

Wednesday, December 22, 2010

Kenapa memilih emas?

Saya bukan financial consultant ..tapi saya tertarik dengan emas kerana apa?

1. Pada nilaian matawang ....harga emas semakin meningkat. Oleh kerana emas dunia diniagakan menggunakan matawang USD ....penyusutan nilai USD menyebabkan nilai emas semakin meningkat. Secara langsung mengambarkan senario yang sama di mana2 negara.

2. Boleh digadaikan dan ditukarkan ke matawang ringgit ....untuk keperluan diri atau membeli barang, membayar hutang kredit etc.

3. Seronok melihat kilauan emas dan saya menganggap emas itu sebagai tanah2 kecil yang boleh digunakan sebagai
a. Cagaran aka ArRanhu .....credit line bebas RIBA yang tersedia
b. Boleh sentiasa dijual di masa depan dalam keadaan memerlukan.
4. Membantu menyelesaikan beberapa perkara yang akan berlaku di masa depan
a. Entrance university untuk anak2 ........satu bar 20gram ..zaman sekarang boleh biaya yuran kemasukan ..InsyaALLAH 18 tahun lagi pun boleh biayai.
b. Kos Haji = sekarang bersamaan nilai 16 dinar insyaALLAH 10 tahun kemudian pun boleh biayai.

5. Cuma yang diperlukan kita kena menyelesaikan dua masalah
a. Isu Keselamatan
b. Pastikan dibayar zakatnya bila cukup nisab .....tapi tak kisah pun pasal boleh direbet semula kat cukai pendapatan.

Monday, December 20, 2010

Kenapa perlu simpan emas

Nasihat umum

1. 20 peratus simpanan anda haruslah didalam bentuk emas fizikal yang mudah ditunaikan seperti siling emas, emas bar @ wafer atau jongkong.r consideration.

2. Berhati2 dengan non-physical asset seperti emas ETF (paper gold ). Memiliki emas bukan fizikal adalah lebih baik tidak memiliki langsung.

3. Sekiranya anda percaya emas sebagai pelindung inflasi, belilah emas sekarang sebelum inflasi yang lebih tinggi melanda. Emas akan menawarkan pegangan aset jangka panjang yang kebal inflasi dan spekulasi. Wall Street analysts are predicting $2,500/oz. gold within the next five years.

4. Simpanlah dua logan ini EMAS dan PERAK secara campuran dan sekiranya anda berminat kumpullah duit2 siling emas dan perak yang sukar didapati ( rare or collectable item ). Rare coins offer the highest potential return, but investors must be prepared to hold these coins for 3-5 years.

Friday, December 17, 2010

http://zakat.com.my/kalkulator-zakat-emas