Wednesday, December 22, 2010

Kenapa memilih emas?

Saya bukan financial consultant ..tapi saya tertarik dengan emas kerana apa?

1. Pada nilaian matawang ....harga emas semakin meningkat. Oleh kerana emas dunia diniagakan menggunakan matawang USD ....penyusutan nilai USD menyebabkan nilai emas semakin meningkat. Secara langsung mengambarkan senario yang sama di mana2 negara.

2. Boleh digadaikan dan ditukarkan ke matawang ringgit ....untuk keperluan diri atau membeli barang, membayar hutang kredit etc.

3. Seronok melihat kilauan emas dan saya menganggap emas itu sebagai tanah2 kecil yang boleh digunakan sebagai
a. Cagaran aka ArRanhu .....credit line bebas RIBA yang tersedia
b. Boleh sentiasa dijual di masa depan dalam keadaan memerlukan.
4. Membantu menyelesaikan beberapa perkara yang akan berlaku di masa depan
a. Entrance university untuk anak2 ........satu bar 20gram ..zaman sekarang boleh biaya yuran kemasukan ..InsyaALLAH 18 tahun lagi pun boleh biayai.
b. Kos Haji = sekarang bersamaan nilai 16 dinar insyaALLAH 10 tahun kemudian pun boleh biayai.

5. Cuma yang diperlukan kita kena menyelesaikan dua masalah
a. Isu Keselamatan
b. Pastikan dibayar zakatnya bila cukup nisab .....tapi tak kisah pun pasal boleh direbet semula kat cukai pendapatan.

No comments:

Post a Comment