Wednesday, December 29, 2010

Emas sebagai ajen pinjaman mikro untuk peniaga



Hanya sekadar pandangan dari seorang yang bukan konsultant kewangan. Kebanyakkan peniaga kecil yang bermodalkan kurang dari RM10K asalnya bekerja makan gaji mungkin disebabkan atas faktor sukarela atau suke tak rela ingin meneruskan kehidupan dengan berniaga kecil-kecilan. Tetapi siapa tahu rezeki kita dengan fokus yang tinggi dan konsisten mungkin kehidupan kita akan lebih baik.

Tetapi masalah mencari modal memang akan sentiasa membelengu bakal peniaga ini. Untuk membuat pinjaman walau sekecil mana pun perlukan dokumentasi. Ada sesetengah ajensi lebih mudah kalau syarat dipenuhi tetapi selalu ajensi yng hebat seperti ini selalu kehausan dana lebih cepat.

Jadi cadangan saya sebagai bukan seorang banker atau financial konsultant

1. Semasa anda bekerja belilah emas sebaiknya emas yang mudah digadai ..bar 999.9 coins 999.9 @ 916 , barang kemas yang mudah dinilai seperti 999 oleh Crest Pavilion, 916 oleh Public Gold atau independent jewellery shop yang menawarkan produk yang serupa.
2. Apabila diperlukan untuk berniaga gadaikanlah emas ini sebagai modal selepas tu berusahalah untuk memastikan perniagaaan itu berdaya maju. Dokumen yang diperlukan
  • Emas
  • Kad pengenalan diri
3. Wang untung perniagaan sebahagian gunalah untuk meneruskan kehidupan dan sebahagian untuk membayar semula tebusan emas tersebut.
4. Kalau ada keuntungan yang berlebihan belilah emas lagi sebagai sumber modal untuk membesarkan perniagaan di masa depan

Rasa macam logik .....untuk dipraktiskan.

Sekadar pandangan.

No comments:

Post a Comment