Tuesday, December 28, 2010

Beginikah sepatutnya aliran wang tunai kita?

Sebelum saya bekerja, saya berfikir wang kita ade 2 bahagian 1. Untuk menyara kos hidup 2. untuk disimpan dan dilaburkan.

Rupa-rupanya dalam dunia sebenar wang kita digunakan untuk 1. Membayar hutang rumah dan kereta serta hutang peribadi 2. Membayar kos sara hidup yang penting dan wajib seperti makanan dan pakaian 3. Membayar kos insuran kesihatan 4. Membayar kehendak2 yang tak boleh diabaikan seperti baju baru, ade jenama, belanja kawan etc 5. Hanya sedikit yangg disimpan untuk masa depan 6. Sebahagian besar membayar kad kredit yang mempunyai kadar faedah yang tinggi walaupun ianya kad hutang ala islamik ( ala-ala kerana prinsipalnya tetap sama iatu MASTERCARD dan VISA ).

Segalanya dalam hidup adalah hutang semewah mana pun kita hutang tetap membelengu umat manusia. Majoriti masyarakat bandar mungkin mati dalam keadaan berhutang?. Alangkah menakutnya jika dihari kematian kita ..kita mati dalam keadaan masih terikat dengan RIBA dunia ini.

Selepas mengenali emas perspektif saya berbeza:

1. Ingin menjauhi RIBA
2. Menggunakan emas untuk membeli kehendak yang senipis keperluan ( emmmss adakah TV LED 52inch satu keperluan?).
3. Melihat buat masa ini kebanyakkan konsep Islamik Banking di negara kita masih ade unsur konvesional.
4. Melihat kepuasan hidup bukanlah dibayangi oleh rumah yag berjuta, kereta yang mewah dan menjadi jutawan atas kertas.
5. Saya melihat kepuasan hidup adalah : melancong dan melihat keindahan dunia yang ALLAH cipta termasuk menunaikan Haji yang menjadi syarat rukun Islam, terbukanya hati untuk membayar zakat kerana teringatkan hukuman yang berat keatas penyimpan2 emas dan perak sekiranya tanggung jawab ini tidak dilunaskan.
6 Percaya bahawa kolateral pinjaman yang terbaik adalah dua logam ini kerana sifatnya yang mudah dicairkan.
7. DAN yang paling penting kini saya memahami apa yang berlaku di dunia ini bukanlah salah pemerintah kita apabila kos hidup semakin meningkat. Sekarang saya memahami kenapa seliter minyak tetap seliter minyak walau dizaman apa pun.

No comments:

Post a Comment