Sunday, January 9, 2011

Apa yang praktikal untuk berniaga emas Public Gold?


Setelah berkecimpung dalam dunia publicgold aka gold bar dan dinar. Saya dapati untuk berniaga emas hanya memerlukan kaedah ....beli emas ....simpan ...dan dalam masa yang sama menjualnya.

Bagi saya ianya lebih mudah begitu bergantung kepada apa yang anda inginkan.

Semasa anda menjadi dealer dulu pastinya anda telah membeli emas yang bernilai 20K = mungkin bersamaan dengan 6 bar 20gm 24K.

Saya nampak ada tiga golongan dealer baru ( pada pandangan saya )

1. Yang betul2 ada modal ....membeli emas bernilai 20K plus dan memiliki emas yang dibelinya
2. Betul membeli emas yang bernilai 20K ...tetapi atas pertolongan kawan hanya sebenarnya mempunyai modal separuh dari itu ....emas yang dimiliki semuanya di ArRahn kan. Beliau tidak ada seketul pun ditangan. Yang ada hanyalah komisen 1.5 % yang dibayar oleh PG.
3. Hanya sebagai proxy sahaja ....tiada modal ..kawan @ suami @ keluarga masukkan nama sebagai dealer sahaja tetapi emas diambil semula oleh pembayar. Beliau juga tiada emas ditangan ..dan mungkin direlakan untuk menerima komisen 1.5%.

Apakah implikasinya ?
1. Golongan ke 3 akan menghadapi masalah ...apa yang hendak diniagakan?. Beliau mungkin boleh lock harga customer tetapi customer perlu menunggu dan sangat tidak praktikal.

2. Golongan kedua hanya mempunyai 10K = 3 bar = 3 x RM3130= 9390. Selalunya jika termakan pujuk akan Ar Ranhu kan 3 bar itu. Katakan 20gram pada nilaian agro 165.80/gram x 20g = RM3316. 70 % gadaian x 3316 = 2320. Wang gadaian = RM2320 x3 = RM6960.
Wang yang diperolehi boleh membeli 2 bar bernilai = RM6260. Jadi beliau mempunyai emas ditangan 2 bar ..untuk diniagakan. Masih ade untung ...sekiranya 2 kali pusingan = RM6260 x 2 x 1.5% = RM187.80. Okaylah kan.

3. Golongan pertama ..mempunyai emas ditangan. Beliau boleh mencari pelanggan . Pelanggan akan lock harga di website. Beliau akan memberi emas ditangan kepada pelanggan. Wang yang diterima digunakan untuk mengambil emas yang dipesan di PGold. Beliau tidak akan kehilangan emas ....dan beliau akan menerima komisen 1.5%. Perkara yang sama diulang-ulang. Setiap bulan akan menjual 6 bar yang bernilai = 20 K ...dengan komisen lebih kurang RM450. Kalau 2 kali ulang = RM900 = komisen menjual emas bernilai RM40 000.

Golongan 2 dan 3 sahaja yang REZEKINYA akan bertambah baik ( InsyaALLAH ) . Lebih baik lagi kalau anda menjadi:
  1. Master dealer dan membina networking anda ...priority dealer , dealer dan customer.
  2. Atau Priority Dealer ( Auto untuk sapa jadi dealer tahun 2010 ) juga membina networking anda sendiri ..dealer dan customer.
Yang mana satukah anda?

No comments:

Post a Comment