Sunday, January 16, 2011

Dinar dan kos Haji ( Tabung Haji )

Oleh kerana kos haji dalam unit Ringgit. Dan Dinar pun dinilai oleh ringgit serta mengambil kira kenaikan harga emas berbanding ringgit. Didapati kos haji semakin mudah sekiranya dibiayai oleh emas.

Ini adalah statistik membandingkan kos pergi haji dengan nilaian dinar.

Tahun 2002:
1 Dinar = RM140
Kos Haji = 65 keping (rujuk ilustrasi graf di atas) X RM140
Jumlah = RM9,100.00
Dinar yang diperlukan adalah 65 keping.

Tahun 2009:
1 Dinar = RM502
Kos Haji = 18 keping (rujuk ilustrasi graf di atas) X RM502
Jumlah = RM9,036.00
Dinar yang diperlukan adalah 18 keping.

Tahun 2010:
1 Dinar = RM596 (Harga Semasa)
Kos Haji = 17 keping (Rujuk ilustrasi Harga Public Dinar) x RM596
Jumlah = RM10,132.00 (Kos haji pada tahun 2010 hanya RM 9,980)

Berdasarkan trend dan contoh pengiraan ini, disertakan permulaan meyimpan DINAR sekarang sebanyak paling kurang 2 Dinar setahun, maka pada tahun 2015, insyaAllah anda akan mampu membiayai haji dengan kos 10 Dinar sahaja.

Jadi kesimpulannya:

1. Pastikan anda simpan di Tabung Haji minimum RM1200 untuk booking tarikh haji. Kumpulah dinar atau gold bar. Simpanlah sedikit demi sedikit ... jadikan dia target. Apabila ada panggilan tunaikan emas itu untuk mencukupi kos haji itu. Jangan Risau dimana zaman pun peminat2 emas ini wujud dan pasti ade buyer InsyaALLAH. Jangan lupa bayar zakat emas anda.

2 comments: