Thursday, January 6, 2011

Awal tahun yang baik untuk pembeli emas


Harga emas yang diniagakan didunia untu 10 hari pertama berlegar disekitar USD 1420 - USD 1372 per oz (31.101grams ). Untuk aagen susutan nilai emas dibawah paras USD 1372 juga menyaksikan emas public gold 20gram hanya bernilai RM3114 ( + RM10 untuk kos penghantaran ) untuk masa yang singkat.

Untuk para pembeli emas awal bulan tahun 2011 adalah masa yang sesuai untuk memulakan simpanan atau menambah simpanan yang ada. Cadangan saya ialah menggunakan sebahagian dividen2 pelaburan tunai anda untuk membeli emas bar ini. Bergantung kepada portfolio anda laburlah 30 peratus keuntungan untuk tujuan ini. 70 peratus tunai lagi terpulanglah kepada anda kerana kita juga perlu menikmati kehidupan.

Penganalisa emas menjangkakan harga emas akan berada di paras harga baru pada pertengahan bulan February. Sekiranya benar andaian itu maka beruntunglah untuk sesiapa yang membelinya sekarang.

Walau bagaimanapun oleh kerana pasaran emas sangat dipengaruhi oleh faktor demand and supply yang tidak menentu agak sukar untuk mengiyakan anadian penganalisa ini. Pembelian luar biasa oleh pihak bank2 atau negara pasti akan melambungkan harga emas. Begitu juga dengan penjualan emas besar2an untuk mengaut untung seperti yang berlaku sekarang dipasaran ETF dunia juga akan menguntungkan pembeli baru atas harga yang lebih menyenangkan poket.

APA APAPUN yang telah membeli lah yang merasai kenikmatan memiliki logam kuning yang sangat misteri ini.

No comments:

Post a Comment