Monday, January 10, 2011

GUNAKAN LAH EMAS ANDA

Yang pasti pembeli pembeli emas saya orang-orang kebanyakkan sahaja .....working class people macam saya juga.

Emas untuk dugunakan bukan untuk disimpan.
Kenapa?

1. Gold = liquadate to cash = baru jadi useable asset.
Contoh:
a. Isteri saya mahukan TV sebesar 42 inch. Oleh kerana saya bukan techno man ..so I willing to pay RM2200 for brand new plasma TV.
b. Ada empat pilihan untuk belian 1. Beli cash dari poket sendiri. Sangat sesuai untuk mereka yang berpendapatan tinggi
2. Pergi ke SEN HENG dan banyak lagi yang menawarkan ansuran sehingga 36 bulan. 3. Menggunakan CARD CREDIT ....menggunakan kaedah pembayaran tanpa interest untuk satu tahun. 4. Menggunakan emas Public gold 20gram saya.

Apa pandangan saya
i. Untuk kaedah pertama: Tahniah kemungkinan besar anda adalah golongan yang berpendapat
an tinggi. Anda mungkin boleh mintak kurang lagi harga TV itu. Tetapi untuk golongan bekerja seperti saya duit RM2200 selonggok ini saya boleh roling kan untuk kos hidup saya atau sebagai duit kecemasan. Sekiranya saya gunakan kesemuanya maka akan susutlah nilai wang keselamatan ini. Jadi saya rase untuk membeli TV besar yang menjadi satu kehendak dan bukan keperluan mungkin tidak perlu untuk mengorbankan sebanyak itu. BUT PAY CASH FOR BUYING is always the best.
ii. Ansuran .....ye nampak mudah .. friendly to poket ...tapi kadar interest agak tinggi max 1.5% sebulan. Ada risiko barang akan dirampas sekiranya gagal membayar. Kurangnya motivasi melunaskan hutang apabila sudah menggunakan TV itu untuk beberapa bulan.
(RM2200 x 1.5% x 12) + RM2200 = RM2596.
iii. Card Credit tanpa faedah 12 bulan ...YUP very tempting .....masalah terbesarnya ialah kurang displin untuk membayar semula. Interest lagi tinggi klau lupa nak bayar ..compounding + denda lewat bayar ...susah nak kira ...BUT Most WILL end up paying twice the price. Effective rate untuk CC adalah 18% setahun. RIBA lagi .....ALLAH marah. Dan rasenya no such thing as ISLAMIC CREDIT CARD sebab principal masih sama MASTER ( monster) and VISA ( visa to bancruptcy).
iv. Saya tidak berapa mampu ...mempunyai pendapatan bulanan dan saya ada EMAS.
Apa yang saya lakukan ....saya hanya menggunakan kemudahan yang ada tanpa membocorkan poket. Inilah yang saya akan lakukan. Mengadaikan emas 20gram saya yang berkilauan itu.

PG gold 20 gram pada nilai AGROBANK
Nilai emas = RM165.80 X 20grams = RM3316
Gadaian 70 peratus (max ) = RM3316 x 70% =lebih kurang RM2320

RM2320 pegi kedai beli TV plasma tu cash dengan aksesorinya sekali.

Apa yang kna bayar kat AGROBANK?
1.upah simpan 75sen/RM100 dari nilai emas 20gram (RM3316)
jadi upah simpan adalah 0.75% x RM3316= RM24.87/sebulan

2. Tebus semula emas tu. Kontrak Ar Ranh adalah 6 bulan = upah simpan sekiranya diambil@tebus dlm tempoh 6 bulan adalah: RM24.87 x 6 = RM149.22.

Pilihan yang ada ....membayar bulanan sebanyak = RM404/sebulan ....atau suka hati berapa sebulan. Kalau tak termampu bayar jgan susah hati ..panjangkan semual kontrak lagi enam bulan. Pada pengalaman saya ...kita pasti akan bayar kerana hati dan minda kita pasti sayang untuk melepaskan kilauan kuning itu dari dilelong.

INILAH PERBEZAANnya.

1. Belian secara tunai ..duit anda akan lebur sekelip mata dan anda membawa pulang TV plasma.
Yup isteri anda pasti gembira.
2. Beli pakai ansuran ...bayar bulan pertama atau tak bayar 100hari? .....lpas tu bawak balik TV plasma. Yup isteri anda pun gembira. hati anda yang gundah gulana kerana terpaksa membayar lebih untuk TV itu. TV itu pun bukan anda yang punya lagi.
3. Beli kad pakai kad kredit ..yup isteri anda gembira...anda yang merana jiwa dan poket ..bila agaknya nak abis bayar tu ....klau asyik bayar minimum.
4. Beli dengan EMAS. TV dibayar cash dengan senyuman. Anda membayar gadaian emas ....selepas 6 bulan apa yang anda ada? ....Yup TV plasma dan EMAS anda semula. Siapa yang gembira? ...pasti anda dan isteri anda kan.

emmmssss ..klaulah dari dulu tau RAHSIA ini.

No comments:

Post a Comment