Monday, January 3, 2011

EMAS = PINJAMAN PERNIAGAAN

Hari ni berbincang dengan bakal usahawan mikro mengenai apakah cara yang paling mudah untuk mendapatkan modal perniagaan?

Sahabat saya ingin membuka bisnes CATERING sendiri kerana kilang beliau telah ditutup. Oleh kerana ada modal dan kemahiran beliau ingin mencuba nasib dalam dunia perniagaan.

Saranan saya yang bukan perancang kewangan.

Modal RM40,000
1. RM10,000 dalam bentuk tunai.
2. RM30, 000 dalam belian emas.
3. Emas bernilai RM30,000
  • Sebagai cagaran untuk membuat pinjaman ( seperti kata kawan peniaga cina ..nak berniaga gunalah duit orang lain ) .
  1. RM30000 nilai emas dicagarkan pada kadar maksimun 70 % di Arhanu akan memberi modal dlm bentuk pinjaman RM21000 dengan nilai upah RM157.50 sebulan dengan kontrak 6 bulan tanpa ada desakan dari pihak bank untuk meminjam untuk tempoh yg lama e.g 2 , 3 tahun.
  2. Berniagalah dengan usaha yang maksimum. Keuntungan akan digunakan untuk menyara hidup dan selebihnya gunalah untuk membayar semula gadaian emas tersebut
  3. Sekiranya tidak mampu membayar dalam tempoh enam bulan tempoh gadaian boleh dipanjangkan.
  4. Emas yang telah ditebus boleh digunakan untuk membuat pinjaman modal yang seterusnya tanpa BANYAK KERENAH dari pihak bank.
  5. Emas akan sentiasa memberi modal yang lebih tinggi dari tahun sebelumnya. Contoh peningkatan harga emas pada 2010 bermakna gadaian anda telah juga meningkat sebanyak 30%.
Sekadar Renungan
" Berhutang dengan emas seperti anda berhutang dengan diri sendiri."

No comments:

Post a Comment